| |
"Pada
usia 24 tahun,
beliau menulis 3 buku serentak menggunakan
KJ Method"
ZAMRI
MOHAMAD dilahirkan pada 17 November 1981 di Kuala Lumpur. Beliau
merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
jurusan komunikasi dalam pengkhususan kewartawanan dan media. Terlibat
sebagai penulis bebas dalam beberapa buah majalah dan akhbar tempatan
sejak tahun 2001. Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan meliputi
isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama.
Beliau
pernah muncul di dalam akhbar dan majalah seperti Utusan Malaysia
melalui ruangan Kampus, Bicara Agama, Rencana dan Pendapat, KOSMO
melalui ruangan Akademik, Berita Harian melalui ruangan Rencana, majalah
I, Minda, Dewan Ekonomi, Dewan Bahasa dan menjadi kolumnis bagi majalah Dewan Siswa.
Beliau merupakan bekas pembantu pembangun program secara separuh masa
bersama sebuah rangkaian penyiaran Islam pertama di Malaysia, Ansar
Channel, MITV. Menjadi pembantu koresponden Malaysia bagi Islam Online,
sebuah agensi berita antarabangsa yang beroperasi di Dubai, Emeriah Arab
Bersatu. Pernah menjawat jawatan pembantu kepada Penasihat Media, Jabatan
Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Pada tahun
2002-2005, beliau pernah menjadi penyelidik bebas secara sambilan bagi
sebuah konsultan perunding perniagaan kecil, Sprint Marketing Concept di
Kuala Lumpur. Melalui konsultan perniagaan kecil yang telah beroperasi
sejak tahun 1996 ini, tugas beliau melihat trend dan perkembangan bisnes
kecil khususnya dalam bidang francais dan F&B (Food and Beverages)
melalui kenyataan media.
Zamri
Mohamad adalah jurulatih penulis dan pengendali bengkel penulisan buku
non fiksyen. Beliau bekerjasama dengan
Akademi Penulis
dan menjadi mentor penulis kategori rencana akhbar dan majalah.
Aktif melibatkan diri sebagai peserta dalam program-program
seminar-seminar, kursus, bengkel, pembentangan kertas kerja oleh
pakar-pakar di peringkat tempatan, nasional, asia tenggara dan
antarabangsa. Ini untuk membantu beliau dalam menghasilkan penulisan
yang bermanfaat untuk dikongsi orang ramai.
Sertai
komuniti Zamri
Mohamad di Friendster klik logo ini

"Buku-buku beliau terus
diulang cetak
dan memberi kesan kepada
pembaca"
Buku-buku
dihasilkan.
-
Tahun
terbitan 2006: Memahami Bahasa Cinta Lelaki
-
Tahun
terbitan 2006: 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki
-
Tahun
terbitan 2006: Cari Duit Cara Mudah Sebagai $Penulis Bebas
-
Tahun
terbitan 2007: Magnet Cinta
-
Tahun
terbitan 2008: Rahsia Bisnes Mamak. Ditulis bersama Muhammad Faisal
Sharbudin
-
Tahun
terbitan 2008: Mempengaruhi Bos Cara Streetsmart. Ditulis bersama
Mohd Firdaus Hamsin
-
Tahun terbitan 2008:
Mengurus Konflik Gaya Streetsmart. Ditulis bersama Mohd Yahya Fadzli
Jusoh
-
Tahun terbitan 2008: E-buku
Tip Karier untuk Wanita Moden
-
Tahun
terbitan 2008: Bagaikan Khadijah di Hati Muhammad ditulis
bersama Imran Yusof
-
Tahun
terbitan 2008: Cashflow untuk pengantin baru ditulis bersama
Shamsuddin Kadir
-
Tahun
terbitan 2008: Tip Menjadi Penulis Bestseller
Pencapaian buku
-
Keempat-empat buah buku iaitu Memahami Bahasa Cinta Lelaki, 77 Tip
Melembutkan Hati Lelaki, Magnet Cinta dan Cari Duit Cara Mudah
Sebagai Penulis Bebas memasuki Singapura dan melalui National
Library Board (NLB) Singapura, buku tempatan ini berada di
perpustakaan-perpustakaan komuniti Singapura.
-
Buku
Memahami Bahasa Cinta Lelaki, 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki, Magnet
Cinta juga dijadikan bahan perpustakaan komuniti kelolaan Lembaga
Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Malaysia.
-
Buku
Memahami Bahasa Cinta Lelaki, 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki dan
Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas diulang cetak.
-
Buku Rahsia Bisnes Mamak
disiarkan tiga kali berturut-turut dalam akhbar Utusan Malaysia dan
Sinar Harian Jun 2008.
Media
-
Muncul dalam akhbar
Sinar Harian edisi Kuala Lumpur bagi paparan e-buku Tip Karier untuk
Wanita Moden pada September 2008.
-
Muncul dalam akhbar
Utusan Malaysia, Ulasan Buku Rahsia Bisnes Mamak pada 16 Jun 2008.
-
Muncul dalam akhbar
Sinar Harian Edisi Melaka pada 11 dan 13 Jun 2008. Laporan Nor
Farhana Yaacob
-
Muncul
dalam ruangan Bual Bahasa, majalah Dewan Bahasa. Temuramah oleh
editor, Puan Ritah Yahaya pada Mac 2008.
-
Muncul
dalam ruangan Sastera, Berita Harian. Tulisan Tuan Nazmi Yaakub pada
27 Disember 2007.
-
Muncul
dalam majalah Quill edisi Ogos 2007 terbitan MPH Bookstores Sdn Bhd.
-
Muncul
dalam ruangan Author Highlight majalah PopClub Mac 2007 terbitan
Popular Book Co. (M) Sdn
-
Muncul
dalam ruangan Resensi, Selamat Pagi Malaysia, Radio Televisyen
Malaysia (RTM) kendalian pengacara televisyen, saudara Syed Munawar.
-
Temubual
oleh saudari Suhada Masri dalam ruangan Bicara Pengarang, ruangan
Sastera dan Budaya, Berita Harian pada Mei 2006.
-
Temubual
oleh saudari Wan Maidatul Razimah Shamsudin dari majalah Perempuan
keluaran Mac 2007.
-
Temubual
ruangan Pendapat, Isu Hiburan Dalam Islam oleh saudari Zalmimazura
Zahari dari majalah I pada tahun 2006.
-
Temubual
ruangan Pendapat, Isu Saudara Baru oleh saudari Zalmimazura Zahari
dari majalah I pada November tahun 2007.
"Beliau adalah
jurulatih
bengkel penulisan dan program
pembangunan diri
"
Penglibatan
-
Menjadi juri Program
Karya Kreatif dari Menara Gading anjuran Perpustakaan Negara
Malaysia sempena Pesta Membaca 2008
-
Muncul dalam program
ceramah buku sempena bulan kemerdekaan di MPH Mid Valley Ogos 2008
-
Muncul dalam program
ceramah buku sempena ulangtahun ke-60 Kedai Buku Thai Kuang di
Mahkota Parade, Melaka pada 7 Jun 2008
-
Mengendalikan bengkel asas penulisan buku di Kolej Komuniti Sabak
Bernam, Selangor, pada 15 Mac 2008.
-
Mengendalikan bengkel penulisan remaja, Teknik Menulis : Teori dan
Praktikal 2007 bagi anggota Kelab Kreatif, Pusat Ilmu Asas UIAM dan
ahli-ahli PKPIM di Janda Baik, Pahang Darul Makmur
-
Penggerak program Penulis Bersama secara online dan sistem mentor
bagi siri buku profesional dan bantu-diri.
-
Melibatkan diri secara langsung sebagai satu-satunya penulis muda
Malaysia bagi laman web Indonesia Tercinta. Sebuah laman web yang
menghimpunkan penulis-penulis muda dari seberang.
-
Ahli
maya Writers.net. Sebuah laman web yang menghimpunkan
penulis-penulis dari seluruh dunia.
-
Muncul
dalam program Bicara Buku anjuran bersama PTS Professional dan
rangkaian kedai buku MPH di Wangsa Maju sempena program Bersama
Penulis pada November 2007 .
-
Muncul
dalam program Bicara Buku anjuran bersama PTS Millennia dan
rangkaian kedai buku MPH di Alamanda dan Wangsa Maju sempena program
Semarakkan Cinta pada Febuari 2007 .
-
Terlibat
bersama-sama Perwakilan Kolej Kediaman Ali Ibn Abi Talib dalam
pameran seni maya dan bergerak, Expression of Peace anjuran Dr Hirsh
Diamant dan para pelajar Evergreen State College, Olympia,
Washington D.C pada November 2006.
-
Ex-officio program tayangan umum pertama filem pendek di Malaysia,
BMW Shorties bersama Alumni Mahallah Ali Ibn Abi Talib dan BMW
(Malaysia) pada Julai 2007.
-
Pengasas
dan penggerak projek pilot webTV dan radio maya pertama UIAM melalui
laman web rasmi, Aliman kendalian Kolej Kediaman Ali Ibn Abi Talib.
Penyertaan lain
-
Program
'Millionaire in Me' oleh pakar hartanah nasional, Azizi Ali di
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (2006).
-
Program
'Internet Millionaire' oleh pakar hartanah nasional, Azizi Ali di
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tajaan DIGI
Communications dan Information Technology Division (ITD). (2007).
-
Seminar
antarabangsa, The Hadhari Approach: A Catalyst Towards South-South
Development and Prosperity anjuran Gerbang Maklumat Selatan-Selatan,
Kementerian Penerangan Malaysia (2006)
-
Seminar
kaunseling Kekeluargaan, Pendekatan Efektif Dalam Membimbing Remaja
anjuran Jabatan Kaunseling, UIAM (2006).
-
Program
‘How to Build Self-Confidence’ oleh Nik Affendy Nik Abdul Rashid.
Setiausaha
Sulit, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri dan UIAM
(2006).
-
Program
‘A New World Orde’ oleh Ahli Parlimen Britain, George Galloway
anjuran AMAN Malaysia dan JUST. (2005)
-
Seminar
Kepimpinan Remaja Muslim 2004 anjuran Persatuan Pelajar Somalia.
-
Program
‘A moment with Canadian Muslim’ anjuran kedutaan Kanada dan UIAM
(2005).
-
Bengkel
Editor Foto ASEAN anjuran Sekretariat Nasional ASEAN-COCI Malaysia
dan BERNAMA (2005).
-
Seminar
Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk anjuran Jemaah Islah Malaysia (2002).
-
Seminar
Hiburan dan Kesenian Dalam Islam anjuran JAKIM (2005).
-
Program
In Person bersama Datuk Manja Ismail, kumpulan editorial Berita
Harian (2006).
-
Forum
Journalism: Future and Prospect oleh Datuk Ahmad Talib, Maxis
Communication anjuran Jabatan Komunikasi UIAM (2006).
-
Seminar
Sehari Kebebasan Media anjuran Jabatan Komunikasi UIAM (2005).
-
Forum
bersama Persatuan Pelajar Antarabangsa Singapura dan Radio Singapore
International (2006).
-
Seminar,
‘Freedom of Media Reporting’ anjuran Kuliah Undang-Undang Ahmad
Ibrahim (AIKOL), UIAM (2006).
-
Program,
‘The Art of Negotiation’ oleh Jabatan Kaunseling, UIAM (2006).
-
Seminar
Psikologi Gunaan 2005 peringkat nasional anjuran Pusat Psikologi
Gunaan, Jabatan Kaunseling UIAM (2006).
-
Seminar
Gejala Pelacuran di Malaysia anjuran Jabatan Kajian Wanita, Pusat
Psikologi Gunaan, UIAM (2005).
Klik di sini
dan muat turun maklumat penuh pencapaian beliau dalam format Word
|
|