Menu
Blog
Biodata
Buku
Woksyop
Penulis
Bersama
Media
Webtv
Galeri
Forum
Hubungi
Ingin
Edarkan buku?
|
|
|
|
|
Dapatkan tip-tip terkini dan berita terbaru. Daftar hari ini dan berinteraksi dengan para pembaca lain hari ini. Satu langkah mudah, masukkan e-mel ke dalam kotak di bawah dan hantar. |
Berminat mengendalikan bengkel penulisan bagi majalah, akhbar dan buku di tempat saudara? Terbuka kepada institusi pengajian tinggi awam dan swasta, sekolah dan pertubuhan. Klik |
Masih belum membaca dan memiliki buku tulisan Zamri Mohamad? Inginkan pandangan para pembaca sebelum memilikinya? Klik |
"Para penulis bersama Zamri Mohamad adalah individu yang pakar
dan mahir dalam bidang yang ditulisnya"
|
Mohd
Yahya Fadzli Bin Jusoh lahir pada 13 Mei 1979 berasal dari Ipoh, Perak.
Bapa kepada seorang anak ini mempunyai pengalaman kerja yang merangkumi
pelbagai bidang dan pada peringkat berbeza.
Berpengalaman luas dalam dunia bisnes sejak berumur sepuluh tahun lagi. Muhammad Faisal Sharbudin dilahirkan dalam keluarga bisnes dan dididik dalam budaya perniagaan India Muslim dari rumah. Saudara-mara beliau juga merupakan peniaga-peniaga yang aktif dalam pelbagai jenis bisnes melibatkan perniagaan runcit, kedai makan dan restoran, perniagaan pengedaran novel dan buku-buku agama, perniagaan pertukaran wang asing, perniagaan berasaskan tekstil dan perniagaan pembuatan roti. Ayah beliau juga merupakan peniaga berasaskan runcit dan dari sini beliau mempelajari selok belok perniagaan sebelum didedahkan dengan bisnes milik saudara maranya. Muhammad Faisal Sharbudin merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Muhammad Faisal memperolehi Diploma Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), kampus Jengka, Pahang. Kemudian beliau melanjutkan pengajian dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kewangan dari universiti yang sama di kampus Shah Alam, Selangor.
Pengalaman bisnes beliau berkembang apabila melibatkan diri secara langsung dalam bisnes menjual makan segera di asrama dan membuat kerja-kerja separuh masa di institusi pengajian tinggi seperti menjadi agen insuran, agen unit amanah, menjual dadih di masjid dan menjalankan perniagaan-perniagaan yang bermusim. Selain pengetahuan dalam bisnes tempatan, beliau juga mempunyai bakat kreatif dalam penulisan non-fiksyen melalui penghasilan skrip drama pentas, filem pendek, cerpen dan sajak. Muhammad Faisal Sharbudin menjawat jawatan pembantu akauntan di sebuah firma antarabangsa.
Muncul bersama Zamri Mohamad dalam Utusan Malaysia 16 Jun 2008
Kini melibatkan diri dalam program pendidikan kewangan peribadi dan keluarga melalui ceramah-ceramah di masjid-masjid sekitar Selangor di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Ijazah Perakaunan (Kepujian) dari UiTM dan ahli penuh Institut Akauntan Malaysia (MIA). Penceramah kewangan peribadi. Para klien yang menjemputnya adalah Majlis Sukan Negara, Akademi Percukaian Malaysia, Majlis Perbandaran Port Dickson, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Elite Compact Sdn Bhd. Menjayakan ceramah sempena bicara buku di Pesta Buku Antarabangsa 2007 (PWTC), MPH Bookstore di Mid Valley dan Pesta Buku MPH di Alamanda, Putrajaya. Jurulatih bagi bengkel menguruskan wang gaji, motivasi Muda Senang, Tua Tenang, penyelesaian hutang peribadi, pelaburan hartanah dan membina kerjaya super. Shamsuddin Ab Kadir C.A.(M), seorang penceramah kewangan peribadi yang mengendalikan program penyelesaian masalah kewangan peribadi, penyelesaian hutang dan perancangan kerjaya. Beliau sudah menerbitkan 2 buah buku, Hidup Tenang Walaupun Berhutang dan Makan Gaji Tetapi Kaya. Kedua-dua buku dilesenkan di Jakarta juga. Buku tersebut berkenaan dengan kewangan peribadi, penyelesaian hutang dan pelaburan dalam hartanah.
Beliau menulis artikel
secara tetap di majalah Anis (Panduan Wanita Solehah) dan Dewan
Ekonomi yang dikeluarkan pada setiap bulan.
Beliau terlibat dengan Radio IKIM.FM (Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia) dalam progam Duniaku Buku.
Muncul bersama Zamri Mohamad dalam Sinar Harian 11 Jun 2008
Muncul bersama Zamri Mohamad dalam Sinar Harian 13 Jun 2008
Meskipun berada dalam
kedudukan sepuluh buku terlaris di bawah penerbitan PTS Islamika, ia
tidak bermakna buku itu kekal dalam pasaran begitu sahaja. Beliau
menghasilkan sebuah blog bagi membuka perspektif lebih luas dalam
isu poligami. Perbincangan secara universal menggabungkan idea Timur
dan Barat ini dibawa melalui penghasilan sebuah blog, Fulijami di
bawah enjin weblog kendalian Blogspot.
Selain daripada blog Fulijami
atau dikenali dengan Di Bawah Payung Aishah, terdapat beberapa blog
lain yang menjadi tumpuan dan mempunyai cabang fokus berlainan.
Budaya pendidikan keluarga yang unik dapat dilihat melalui amalan kekeluargaan beliau. Pendedahan awal dunia membaca dan dunia internet turut diketengahkan kepada anak-anaknya. Antaranya pengenalan budaya membaca dan berkongsi pengetahuan melalui laman blog yang dikendalikan sepenuhnya oleh anak beliau. Bussines Analyst yang banyak menghabiskan masa di dalam dan luar negara telah mendedahkan beliau kepada pelbagai ragam manusia baik yang belum berkahwin mahupun yang sudah berkeluarga. Peluang bekerja di luar negara memberi beliau pengalaman baru bagi membandingkan budaya kekeluargaan tempatan dan luar negara. Antara lokasi yang menjadi tempat persinggahanya ialah London, Jakarta, Rotterdam, Istanbul, Sydney dan Melbourne. Pengalaman beliau ke Sudan telah membawa kepada penghasilan sebuah manuskrip travelogue bertajuk Cinta Lelaki Sudan. Buku beliau yang mendapat tempat di hati pembaca ialah Tip-Tip Poligami: Di Bawah Naungan Aishah. Mula bertugas sebagai Management Trainee di MISC pada tahun 1982. Kemudian dilantik sebagai ke jawatan Executive enam bulan kemudian. Dipindah jawatan kepada System Analyst pada tahun 1990, dan Senior System Analyst dua tahun kemudian. Tahun 2005 dilantik menjadi Business Analyst. Pernah mengendalikan latihan bagi pengguna-pengguna sistem komputer ‘liner shipping’ kepada pengguna-pengguna di kalangan agen perkapalan di London, Jakarta dan Rotterdam. Selain itu semasa bertugas, pernah ditugaskan ke Istanbul, Sydney dan Melbourne. Tugas luar negara terakhir adalah ke Sudan bagi menguruskan penyelenggaraan sistem infrastruktur ICT di anak syarikat usaha-sama MISC dan sebuah syarikat pengangkutan tempatan di Khartoum, Sudan. Graduan dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom dalam bidang Matematik.
|
|
|
|
|
|
Buku-buku terkini bagi para pengunjung. Kini boleh didapati di kedai-kedai buku seluruh Malaysia. Dapatkan pada harga online dan kami akan hantarkan terus ke pintu rumah anda. Miliki buku-buku yang ditulis khusus untuk anda hari ini. Klik |
Sertai diskusi dan tip-tip terbaru dari blog-blog buku yang disediakan kepada para pembaca. Bina rangkaian peribadi anda hari ini dengan rakan-rakan pembaca. Pilih pautan di bawah untuk maklumat lanjut.
|
Forum khas buku-buku tulisan Zamri Mohamad, dari siri bisnes, perhubungan dan cinta, cara hidup serta karier. Temui para pembaca dalam ruangan Forum. Klik |
|
|
|
|
|
Perkembangan penulis dan karya di dalam media tempatan dari masa ke semasa. Dari majalah, akhbar ke internet, ketahui berita terkini hari ini. Klik |
Gambar program dan aktiviti. Zamri Mohamad juga penggemar fotografi dan merakamkan aktiviti manusia dan keadaan di sekeliling melalui lensa kameranya. Klik |
Soalan, pandangan dan kritikan salurkan kepada penulis. Tip-tip menarik dan pengalaman pembaca juga dialu-alukan. Klik |
Segala bentuk penyiaran bahan
daripada laman web ini dibenarkan dengan menyatakan sumber asal.
Hakcipta terpelihara ZAMRI MOHAMAD 2007.