Menu Blog Biodata Buku Woksyop Penulis Bersama Media Webtv Galeri Forum Hubungi  Ingin Edarkan buku?

 

Dapatkan tip-tip terkini dan berita terbaru. Daftar hari ini dan berinteraksi dengan para pembaca lain hari ini. Satu langkah mudah, masukkan e-mel ke dalam kotak di bawah dan hantar.

 

Berminat mengendalikan bengkel penulisan bagi majalah, akhbar dan buku di tempat saudara? Terbuka kepada institusi pengajian tinggi awam dan swasta, sekolah dan pertubuhan. Klik

 

Masih belum membaca dan memiliki buku tulisan Zamri Mohamad? Inginkan pandangan para pembaca sebelum memilikinya? Klik


 

 

"Setelah membeli, tidak sia-sia membacanya" 
 

Pembaca Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas

Saya seorang OKU (Orang Kurang Upaya) yang mengalami kecacatan kekal anggota fizikal. Akibat sukar bergerak dan bekerja di luar, akhirnya saya mengambil keputusan untuk bekerja sendiri secara kecil - kecilan bermula dari bawah. Antara kerja saya ialah menulis. Pegangan saya sekarang ialah untuk berjaya kita perlu ada duit. Bagi saya, duit bermaksud doa, usaha, ilmu, dan tawakal.

Jadi, kita perlu ada ilmu jika ingin melakukan sesuatu kerja. Setelah berusaha sekian lama, apa hasilnya tidak sebanyak mana, saya terfikir di mana silapnya dalam penulisan saya.

Maka, semasa melayari satu laman web, iaitu  laman web rasmi PTS, saya tertarik dengan buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas. Lalu, saya memiliki buku ini kerana mungkin ada suatu yang belum saya ketahui.

Setelah membacanya, ternyata tidak sia-sia membelinya. Banyak motivasi yang saya pelajari untuk menjadi penulis bebas. Kerjaya sebagai penulis bebas ini amat sesuai bagi mereka yang menganggur di rumah terutama kepada golongan OKU yang sukar nak mendapat kerja di luar.

Terima kasih kepada penulis, Zamri Mohamad kerana berusaha menulis sebuah buku yang sangat berguna terutama kepada mereka yang hendak berjinak-jinak hendak menjadi penulis bebas, khususnya kepada OKU seperti saya.
    
Nasihat saya terutama OKU yang mengalami kecacatan kekal anggota fizikal yang boleh menulis, dapatkan buku ini di pasaran sekarang. Jangan terlalu mengharap untuk mendapat kerja dengan orang, entah dapat entah tidak. Jangan buang masa dengan menunggu sahaja tanpa sebarang faedah.

Beli segera, baca dengan teliti, amalkan langkah - langkah yang diberikan dan berusaha dengan gigih. Jangan putus asa andai kata artikel anda di tolak. Cuba lagi dan asah bakat penulisan anda setiap hari. Selamat berjaya.

Badruzamani Bin Azmi
http://www.badruzamani.org/blog
Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
 

"Setiap kali membelek helaian di dalamnya aku akan tersenyum sendiri."


Pembaca buku Magnet Cinta dan Memahami Bahasa Cinta Lelaki

Apa yang aku dapat simpulkan,banyak perkara yang aku pelajari dalam buku ini. Walaupun sebahagiannya aku sudah sedia maklum kerana pakar rujukan terbaik dan utama dalam hidup aku adalah emak. Aku dapati kebanyakan tips di dalam buku ini aku sudah sedia mempelajarinya daripa emak. Jadi setiap kali membelek helaian di dalamnya aku akan tersenyum sendiri. Benarlah kata-kata dan pesanan emak selama ini.

Dalam bab ini menceritakan tentang seorang wanita yang berkongsi pengalaman hidup bersama suaminya selama 30 tahun.Wanita berusia sekitar 50 tahun itu menceritakan bahawa suaminya suka mengumpul keratan resipi yang diguntingnya daripada suratkhabar. Menurut wanita ini, suaminya sering meletakkan keratan resipi tersebut di tempat yang terbuka seperti di atas peti sejuk, di atas meja dapur,adakalanya diselitkan di dalam buku.

Tidak semua resipi yang digunting oleh suami wanita tersebut, hanya resipi tertentu sahaja. Menurut wanita ini pada mulanya beliau tidak memahami maksud tersirat di sebalik perbuatan suaminya itu namun akhirnya beliau mulai faham yang suaminya meminta beliau memasakkan resipi yang telah diguntingnya itu.

Menurut wanita ini lagi “Orang lelaki lebih suka memberitahu keinginannya dengan perbuatan tanpa perlu cakap banyak. pandai-pandailah orang perempuan bagi membaca fikirannya dan buat perkara yang dirasakan perlu”

Apabila membaca kisah keratan resipi ini,membuatkan aku tersenyum sendiri, hendak tahu kenapa?

Kerana ayahku mempunyai tabiat yang sama suka menggunting resipi dalam suratkhabar yang mana dia berkenaan. Barulah aku tahu sekarang kenapa emak aku selalu berkata, “Ayah kamu yang gunting resipi itu.” Respon ibu apabila aku bertanya siapa yang mengumpulkan resipi sehingga penuh satu album. Cuma kadang-kala emak tidak ada masa nak membuatnya. Aku faham emak aku pun tidak berapa sihat.

Satu lagi, apabila ayah aku ke kedai, beli semua barang-barang yang dia perlukan, selepas itu dia bawa balik, dia letak di dapur. Tidak cakap apa pun, tengok-tengok dia sedang baca suratkhabar di luar rumah. Ini kisah sebelum sebelah mata ayahku tidak boleh melihat lagi, manakala sebelah lagi sudah pun kabur akibat katarak.

Tengok bahan pun emak faham yang ayah hendak makan apa, pengat pisang, bubur kacang atau puteri mandi. Biasanya mak akan buatkan masa itu juga. Masa aku menaip ini pun aku rasa nak tersenyum.

Ayah, betul lelaki ini, dia tunjukkan keinginannya melalui perbuatan.


"Satu motivasi tentang cinta yang amat kuat"

Pembaca buku Magnet Cinta

Jika tidak silap, saya memiliki Magnet Cinta di Malaysia. Magnet Cinta banyak merangkumi berbagai aspek tentang cinta. Bagi pendapat Sal, cinta adalah satu penjernihan peribadi yang terdapat dalam jiwa manusia. Ia merupakan satu fitrah. Encik zamri yang menulis buku itu ya. 

Tahniah! Satu motivasi tentang cinta yang amat kuat. Sal jika hendak menulis buku, mungkin berkenaan motivasi cinta dan minda. Ada rakan-rakan Sal yang putus cinta. jangan marah ya! Gurau sahaja!

Salbiah Sirat
Tebans Gardens Road
Jurong, Singapura
 

"Ringan, ringkas, bersahaja & mudah difahami"

 

Pembaca buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas

Semoga dalam lindungan Illahi. Saya berminat dalam menceburi bidang penulisan ini. Kebanyakan penulisan saya lebih ke arah penulisan jurnal akademik, prosiding, kajian-kajian ilmiah yang lebih menjurus gaya penulisan yang sistematik contohnya dari segi rujukan dan cara penulisan. Penulisan ini hanya untuk memenuhi KPI saya.

Saya Mukhiffun Mukapit, pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Baru dua tahun dalam bidang pengajaran ini. Umur saya sekitar 26 tahun. Tapi apabila melayari internet dan melihat industri buku kita hari ini, saya amat tertarik untuk menulis sesuatu untuk bacaan umum. Tapi saya masih tiada panduan bagaimana menulis dengan baik.Akhirnya saya ketemu dengan sebuah buku saudara “Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas” Saya begitu tertarik cara penulisan saudara. Begitu bersahaja dalam menceritakan satu-satu tips. Nampak ringan dan ringkas untuk dibaca dan difahami. Terima Kasih menulis buku seperti ini.


"Saya akan teruskan dalam bidang ini "

 

Pembaca buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas

syafiq.jpg“Apabila saudara menghubungi editor, perkenalkan diri saudara sebagai penulis bebas. Saudara mungkin pelajar dari mana-mana kolej ataupun universiti, tetapi perkenalkan diri saudara sebagai penulis bebas. Tujuan menghubunginya mungkin dengan sebab yang pelbagai, sama ada mahu membincangkan berkaitan artikel-artikel yang hendak saudara hasilkan dan menyerahkan kepada pihak majalah, perkara-perkara yang saudara mahukan sebagai panduan bagi memudahkan penerimaan editor pada artikel-artikel saudara ataupun apa sahaja yang berkaitan.”

Dipetik daripada Buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas

Petang tadi saya dihubungi oleh Kak Shahriza Sidin, Editor Majalah Fokus SPM. Teringat saya beberapa bulan yang lalu, dapat berhubungan dengan beliau hanya menggunakan khidmat emel. Alhamdulillah, setelah beberapa lama terputus talian, dapat juga kami berbual bersama.

Justeru di sebalik itu, kejayaan seorang editor bukanlah suatu tugas yang mudah. Bermula dari menghasilkan karya, mengedit karya, dan akhir sekali menyuntingnya merupakan perkara yang boleh dianggap rumit. Namun, inilah tanggungjawab yang harus digalas oleh seorang editor.

Berlatar pendidikan agama, saya lebih menjurus ke arah dua bidang utama. Menulis untuk ruangan agama, selain daripada ruangan undang-undang keluarga. Beberapa ketika, saya latih diri untuk memahami perjalanan sastera tanah air atau mudah disebut Kesusasteraan Melayu. Insya-Allah, jika diberi kekuatan, saya akan teruskan di dalam bidang ini.

Syafiq Zulakifli
Url Blog: www.typeace.blogspot.com
Penulis Bebas
El Ghumhuriah Street, Abdeen
Kaherah, Mesir
 

"Buku cinta sebagai hantaran yang terbaik"

 

Pembaca buku-buku Perhubungan dan Cinta keluaran PTS

“Saya telah memulakan dengan meletakkan buku-buku PTS di atas dulang hantaran perkahwinan adik lelaki saya November 2006. Buku-buku itu diikat dengan reben organza bersama Tafsir Pimpinan Al-Rahman.

Tajuk dipilih sudah tentu berkaitan perkahwinan dan hubungan suami isteri. Ia berbaloi diletakkan terbuka kerana kulit buku yang menarik baik dari sudut ilustrasi mahupun warna.

Harapnya ia membuka minda para tetamu untuk menitik beratkan ilmu pengetahuan sebagai bekalan maha penting dalam melayari alam rumah tangga yang serba mencabar.”

Surat Cikpuan Wan Nor Ainon Wan Abdullah kepada PTS.
 

"Tunjuk ajar yang mudah difahami"

 


Pembaca buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas

Buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas adalah merupakan antara buku yang saya berjaya dapatkan dan jadikan koleksi untuk tahun 2007. Kiranya, buku ini ibarat intan terpilih bagi diri saya. Saya mempunyai cita-cita untuk menjadi penulis yang baik sebaik saudara Zamri Mohamad.

Sejak saya mula menulis di blog MotivasiKejayaan.Com saya mula merasakan sesuatu. Saya mahu menulis dengan lebih serius, lantaran itu saya mula mencari buku-buku yang boleh membantu saya memperbaiki mutu tulisan saya. Alhamdulillah saya berjumpa buku ini, yang memberikan saya tunjuk ajar yang sangat mudah difahami.

Terima kasih kepada saudara Zamri Mohamad kerana menjadikan impian saya untuk menulis dengan lebih baik satu realiti. Gaya penyampaian buku ini membuatkan saya merasakan ibarat di dalam kelas bersama-sama dengan Zamri Mohamad. Ia membuatkan saya rasa amat istimewa. Ibarat berguru secara berdepan. Alhamdulillah, dengan berkat tunjuk ajar dan ilmu yang dibekalkan di dalam buku ini, mutu penulisan saya bertambah baik.

Kalau anda belum dapatkan, baik cepat sebelum terlambat!
 

Norakmal Jasni
Ampang, Selangor, Malaysia
 

"Nilai buku yang menanggung kos hidup kita seumur hidup"

 

Pembaca buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas

"Bagaimana anda ingin mengenali potensi diri yang sebenar sebelum anda menceburi ?. Ini di antara buku yang menyerlahkan potensi anda yang sebenar. Saya menyarankan kepada seluruh rakyat Malaysia membacanya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup walaupun anda tidak suka menulis. Ia adalah salah satu daripada mutiara yang yang memberikan kita duit dengan amat mudah dan halal. Ia menjadikan angan-angan yang kabur bertukar menjadi realiti."
 
 
"Buku itu sememangnya best, nilai isi kandungannya dapat menangung kos sara hidup anda sehingga ke hari tua"

 
Shamsuddin Kadir
Penceramah Kewangan Peribadi
Penulis Hidup Senang Walau Berhutang dan Makan Gaji Tapi Kaya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
 

"This is a good starting book"

 

Pembaca buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas

As explained in a previous entry, I would like to embark upon a freelance writing career. I’d like to take you back in the past and reveal some books which have played some part. Before buildings are called great, the foundations must first be laid.

Although not my first writing book, Zamri Mohamad’s Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas (PTS Professional) offers a good basic on starting out a writing career. I repeat, this is a good starting book. As a friend of mine warned, also contained in the book, traditional freelance writing is very competitive. The focus of the book is on magazine and article writing - subjected to the editor / editorial board’s mercy. Zamri also discusses on how to submit articles, handle rejection and some other how-to tips.

For those of you who are serious, I would recommend Secret’s of a Freelance Writer - How to Make $100,000 a Year or More by Robert Bly (Owl Books). Robert focused on a more “contemporary” form of freelance writing: copy writing or commercial writing. This is serious business, literally. Businesses would hire copy writers to do their brochures, pamphlets, web sites (which includes maintaining them), proof readers and editors, reports - including annual reports, short newsletter and other projects. Bly also talked about pricing, networking, portfolio and resumes needed by a freelance writer to succeed. A good investment for those who intend to pursue a copy writing career.

The two aforementioned books, although are on writing, focus on different types of writing. Zamri’s approach, or what Bly would call “traditional free lance writing”, is about sending articles to periodicals, magazines and the like. Both authors warn that competition is high - so did a good friend of mine. Payment is not that high, which can be seen in the titles for their books. Zamri did not mention any figure in his title or his book. The payment varies according to publishers. This does not mean that you should give up all together. Writing to magazines, although serious in business, is more like a hobby. Unless you are hoping to get that column, that is how you should approach it. Writing for businesses, however, means generating income, attracting customers and clients, promoting good PR and the like. It IS serious business, no kidding.


Aldric Tingkau
Sarawak, Malaysia
Text was taken from http://cramminus.wordpress.com/2007/11/04/reading-materials-for-careers-in-writing/

 

Buku-buku terkini bagi para pengunjung. Kini boleh didapati di kedai-kedai buku seluruh Malaysia. Dapatkan pada harga online dan kami akan hantarkan terus ke pintu rumah anda. Miliki buku-buku yang ditulis khusus untuk anda hari ini. Klik

Sertai diskusi dan tip-tip terbaru dari blog-blog buku yang disediakan kepada para pembaca. Bina rangkaian peribadi anda hari ini dengan rakan-rakan pembaca. Pilih pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

 

Forum khas buku-buku tulisan Zamri Mohamad, dari siri bisnes, perhubungan dan cinta, cara hidup serta karier. Temui para pembaca dalam ruangan Forum. Klik

Perkembangan penulis dan karya di dalam media tempatan dari masa ke semasa. Dari majalah, akhbar ke internet, ketahui berita terkini hari ini. Klik

Gambar program dan aktiviti. Zamri Mohamad juga penggemar fotografi dan merakamkan aktiviti manusia dan keadaan di sekeliling melalui lensa kameranya. Klik 

Soalan, pandangan dan kritikan salurkan kepada penulis. Tip-tip menarik dan pengalaman pembaca juga dialu-alukan. Klik

Segala bentuk penyiaran bahan daripada laman web ini dibenarkan dengan menyatakan sumber asal.
Hakcipta terpelihara ZAMRI MOHAMAD 2007.