|
Testimonial
pembaca di Malaysia, Singapura dan Brunei

"Buku ini yang begitu menarik minatku"
Cik Mawar adalah salah seorang blogger yang
sedang menunggu ruang dan peluang membaca
karya berjudul Bagaikan Khadijah di Hati
Rasulullah. Entri dipetik dari blog Cik
Mawar. Disiar semula entri bertajuk
Ku Mahu bertarikh 15
Mac 2009 (dengan
sedikit perubahan).
"Minggu lepas aku
mencari maklumat di internet mengenai wasiat
imam Syafie. Selepas itu terjumpa satu laman
web pembelian buku secara online. Aku
tertarik pada sebuah buku Bagaikan Khadijah
di Hati Rasulullah.
Tak tahulah hendak berkata apa, Tetapi dalam
kebanyakan buku di laman web itu. Buku ini
yang begitu menarik minatku. Boleh dibeli
secara
online."
....Banyak ilmu dalam buku itu yang aku
sangat pasti."
Respon komen pengunjung pada entri (dengan
sedikit perubahan)
versi
asal pada
entri ini.
"Mawarku.. memang buku ini menarik.
Puteri sudah dapatkan di Puduraya, di kedai
buku agama di sana
Menarik! Percayalah.
Banyak ilmu berguna untuk kita."
Terima kasih kepada
Cik
Mawar dan
Puteri
>
Miliki di sini

"Hadiah
ulangtahun perkahwinan yang pertama"
Pembaca
Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
Komen Puan Noraini
Ammran dalam
blognya
di sini.
Teks dipetik semula daripada
dua entri dengan sedikit perubahan.
Menggunakan pangkat
sebagai tangkal kebahagiaan adalah toksik
kebahagiaan itu sendiri.
"Saya sudah kata, buku ni memang menarik.
Saya tidak tahu mahu
gambarkan kerugiannya jika anda semua tidak
memilikinya.
Ada sebuah buku yang
saya anggap sebagai hadiah sempena
ulangtahun perkahwinan yang pertama. Sangat
berguna dan sesuai untuk kami suami isteri.
Saya menyarankan
kepada sesiapa saja harus memiliki buku ini.
Pelbagai tips berguna
untuk memiliki kasih sayang dan cinta dari
suami.
Bagaikan Khadijah di
Hati Rasulullah.
Apabila saya selesai
membacanya, saya tiba-tiba sedar dan insaf.
Betapa saya ini tidak sempurna untuk menjadi
Khadijah di hati suami saya..
Saya tiba-tiba rasa
mahu mencium tangan suami saya dan meminta
ampun darinya di atas segala kekurangan saya
sebagai isterinya.
Syahdu."
Puan Noraini Ammran
>
Miliki di sini

"Sesuatu
yang lain daripada koleksi yang ada."
Dipetik,
diolah dan disusun semula dari blog pembaca
Inside My
Head | Kopie
Sebahagian petikan
entri
14
Januari 2009
"....Tapi, keseluruhannya, aku puas hati,
sebab buku ini, ada gambar, ada madah-madah
dan idea-idea cinta, ada footnote dan ada
jugak mini kuiz di penghujung bab.
Pada aku tidak ada
yang rugi apabila membeli buku. Satu
pencapaian baru pada aku apabila aku berjaya
mempelbagaikan koleksi buku aku di rumah.
Yalah, selalunya novel, majalah komputer,
komik, buku berbentuk fakta dan pengetahuan
menjadi simpanan aku.
Kali ini dapat buku motivasi cinta lelaki tu,
aku rasa sesuatu yang lain daripada koleksi
yang ada.
Aku suka berkongsi
pendapat aku mengenai apa yang aku lihat,
dengar, rasa dan juga apa yang aku faham.
Pada penulis, aku bangga mengatakan aku akan
menunggu hasil tulisan kamu yang seterusnya.
Teruskan menulis. Aku pasti, akan ada buku
kamu yang menjadi sumber inspirasi aku.
Good Luck!"
>
Miliki di sini

"Setelah
membeli, tidak sia-sia membacanya"
Pembaca
Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas
Saya seorang OKU (Orang Kurang Upaya) yang
mengalami kecacatan kekal anggota fizikal.
Akibat sukar
bergerak dan bekerja di luar, akhirnya saya
mengambil keputusan untuk bekerja sendiri
secara kecil - kecilan bermula dari bawah.
Antara kerja
saya ialah menulis. Pegangan saya sekarang
ialah untuk berjaya kita perlu ada duit.
Bagi saya, duit bermaksud doa, usaha, ilmu,
dan tawakal.
Jadi, kita perlu ada ilmu jika ingin
melakukan sesuatu kerja. Setelah berusaha
sekian lama, apa hasilnya tidak sebanyak
mana, saya terfikir di mana silapnya dalam
penulisan saya.
Maka, semasa melayari satu laman web, iaitu
laman web rasmi PTS, saya tertarik dengan
buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis
Bebas.
Lalu, saya memiliki
buku ini kerana mungkin ada suatu yang belum
saya ketahui.
Setelah membacanya, ternyata
tidak sia-sia
membelinya.
Banyak motivasi yang saya pelajari untuk
menjadi penulis bebas.
Kerjaya sebagai
penulis bebas ini amat sesuai bagi mereka
yang menganggur di rumah terutama kepada
golongan OKU yang sukar nak mendapat kerja
di luar.
Terima kasih kepada penulis, Zamri Mohamad
kerana berusaha menulis sebuah buku yang
sangat berguna terutama kepada mereka yang
hendak berjinak-jinak hendak menjadi penulis
bebas, khususnya kepada OKU seperti saya.
Nasihat saya terutama OKU yang mengalami
kecacatan kekal anggota fizikal yang boleh
menulis, dapatkan buku ini di pasaran
sekarang.
Jangan terlalu
mengharap untuk mendapat kerja dengan orang,
entah dapat entah tidak. Jangan buang masa
dengan menunggu sahaja tanpa sebarang faedah.
Beli segera, baca dengan teliti, amalkan
langkah - langkah yang diberikan dan
berusaha dengan gigih.
Jangan putus
asa andai kata artikel anda di tolak. Cuba
lagi dan asah bakat penulisan anda setiap
hari. Selamat berjaya.
Allahyarham
Badruzamani Bin Azmi
Badruzamani.org
Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Nota:
Buku Tip Menjadi Penulis Bestseller
didedikasikan kepada penulis OKU,
allahyarham Badruzamani.
Al Fatihah
>
Miliki di sini

"Setiap kali
membelek helaian di dalamnya aku akan
tersenyum sendiri."
Pembaca
buku Magnet Cinta dan Memahami Bahasa Cinta
Lelaki
Apa yang aku dapat simpulkan,banyak perkara
yang aku pelajari dalam buku ini. Walaupun
sebahagiannya aku sudah sedia maklum kerana
pakar rujukan terbaik dan utama dalam hidup
aku adalah emak.
Aku dapati
kebanyakan tips di dalam buku ini aku sudah
sedia mempelajarinya daripa emak. Jadi
setiap kali membelek helaian di dalamnya aku
akan tersenyum sendiri.
Benarlah
kata-kata dan pesanan emak selama ini.
Dalam bab ini menceritakan tentang seorang
wanita yang berkongsi pengalaman hidup
bersama suaminya selama 30 tahun.
Wanita berusia
sekitar 50 tahun itu menceritakan bahawa
suaminya suka mengumpul keratan resipi yang
diguntingnya daripada suratkhabar.
Menurut wanita
ini, suaminya sering meletakkan keratan
resipi tersebut di tempat yang terbuka
seperti di atas peti sejuk, di atas meja
dapur,adakalanya diselitkan di dalam buku.
Tidak semua resipi yang digunting oleh suami
wanita tersebut, hanya resipi tertentu
sahaja. Menurut wanita ini pada mulanya
beliau tidak memahami maksud tersirat di
sebalik perbuatan suaminya itu.
Namun akhirnya
beliau mulai faham yang suaminya meminta
beliau memasakkan resipi yang telah
diguntingnya itu.
Menurut wanita ini lagi “Orang lelaki lebih
suka memberitahu keinginannya dengan
perbuatan tanpa perlu cakap banyak.
pandai-pandailah orang perempuan bagi
membaca fikirannya dan buat perkara yang
dirasakan perlu”
Apabila membaca kisah keratan resipi
ini,membuatkan aku tersenyum sendiri, hendak
tahu kenapa?
Kerana ayahku mempunyai tabiat yang sama
suka menggunting resipi dalam suratkhabar
yang mana dia berkenaan.
Barulah aku
tahu sekarang kenapa emak aku selalu berkata,
“Ayah kamu yang gunting resipi itu.” Respon
ibu apabila aku bertanya siapa yang
mengumpulkan resipi sehingga penuh satu
album. Cuma kadang-kala emak tidak ada masa
nak membuatnya. Aku faham emak aku pun tidak
berapa sihat.
Satu lagi, apabila ayah aku ke kedai, beli
semua barang-barang yang dia perlukan,
selepas itu dia bawa balik, dia letak di
dapur.
Tidak cakap apa
pun, tengok-tengok dia sedang baca
suratkhabar di luar rumah. Ini kisah sebelum
sebelah mata ayahku tidak boleh melihat lagi,
manakala sebelah lagi sudah pun kabur akibat
katarak.
Tengok bahan pun emak faham yang ayah hendak
makan apa, pengat pisang, bubur kacang atau
puteri mandi. Biasanya mak akan buatkan masa
itu juga. Masa aku menaip ini pun aku rasa
nak tersenyum.
Ayah, betul lelaki ini, dia tunjukkan
keinginannya melalui perbuatan.
>
Miliki di sini

"Satu motivasi tentang cinta yang amat
kuat."
Pembaca
buku Magnet Cinta
Jika tidak silap, saya memiliki Magnet Cinta
di Malaysia. Magnet Cinta banyak merangkumi
berbagai aspek tentang cinta.
Bagi pendapat
Sal, cinta adalah satu penjernihan peribadi
yang terdapat dalam jiwa manusia. Ia
merupakan satu fitrah. Encik Zamri yang
menulis buku itu ya.
Tahniah! Satu motivasi tentang cinta yang
amat kuat. Sal jika hendak menulis buku,
mungkin berkenaan motivasi cinta dan minda.
Ada rakan-rakan Sal yang putus cinta. jangan
marah ya! Gurau sahaja!
Salbiah Sirat
Tebans Gardens Road
Jurong, Singapura
>
Miliki di sini

"Ringan, ringkas, bersahaja & mudah
difahami."
Pembaca buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai
Penulis Bebas
Semoga dalam lindungan Illahi. Saya berminat
dalam menceburi bidang penulisan ini.
Kebanyakan penulisan saya lebih ke arah
penulisan jurnal akademik, prosiding,
kajian-kajian ilmiah yang lebih menjurus
gaya penulisan yang sistematik contohnya
dari segi rujukan dan cara penulisan.
Penulisan ini hanya untuk memenuhi KPI saya.
Saya Mukhiffun Mukapit, pensyarah di Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Baru
dua tahun dalam bidang pengajaran ini.
Umur saya
sekitar 26 tahun. Tapi apabila melayari
internet dan melihat industri buku kita hari
ini, saya amat tertarik untuk menulis
sesuatu untuk bacaan umum. Tapi saya masih
tiada panduan bagaimana menulis dengan baik.
Akhirnya saya
ketemu dengan sebuah buku saudara “Cari Duit
Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas” Saya
begitu tertarik cara penulisan saudara.
Begitu
bersahaja dalam menceritakan satu-satu tips.
Nampak ringan dan ringkas untuk dibaca dan
difahami. Terima Kasih menulis buku seperti
ini.
"Saya akan teruskan dalam bidang ini "
>
Miliki di sini

"Saya akan
teruskan di dalam bidang ini."
Pembaca
buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis
Bebas
“Apabila saudara menghubungi editor,
perkenalkan diri saudara sebagai penulis
bebas. Saudara mungkin pelajar dari
mana-mana kolej ataupun universiti, tetapi
perkenalkan diri saudara sebagai penulis
bebas.
Tujuan
menghubunginya mungkin dengan sebab yang
pelbagai, sama ada mahu membincangkan
berkaitan artikel-artikel yang hendak
saudara hasilkan dan menyerahkan kepada
pihak majalah, perkara-perkara yang saudara
mahukan sebagai panduan bagi memudahkan
penerimaan editor pada artikel-artikel
saudara ataupun apa sahaja yang berkaitan.”
Dipetik daripada Buku Cari Duit Cara Mudah
Sebagai Penulis Bebas
Petang tadi saya dihubungi oleh Kak Shahriza
Sidin, Editor Majalah Fokus SPM. Teringat
saya beberapa bulan yang lalu, dapat
berhubungan dengan beliau hanya menggunakan
khidmat emel.
Alhamdulillah,
setelah beberapa lama terputus talian, dapat
juga kami berbual bersama.
Justeru di sebalik itu, kejayaan seorang
editor bukanlah suatu tugas yang mudah.
Bermula dari
menghasilkan karya, mengedit karya, dan
akhir sekali menyuntingnya merupakan perkara
yang boleh dianggap rumit. Namun, inilah
tanggungjawab yang harus digalas oleh
seorang editor.
Berlatar pendidikan agama, saya lebih
menjurus ke arah dua bidang utama. Menulis
untuk ruangan agama, selain daripada ruangan
undang-undang keluarga.
Beberapa ketika,
saya latih diri untuk memahami perjalanan
sastera tanah air atau mudah disebut
Kesusasteraan Melayu.
Insya-Allah,
jika diberi kekuatan, saya akan teruskan di
dalam bidang ini.
Syafiq Zulakifli
Typeace.blogspot.com
Penulis Bebas
El Ghumhuriah Street, Abdeen
Kaherah, Mesir
>
Miliki di sini

"Buku cinta sebagai hantaran yang terbaik"
Pembaca buku-buku Perhubungan dan Cinta
keluaran PTS
“Saya telah memulakan dengan meletakkan
buku-buku PTS di atas dulang hantaran
perkahwinan adik lelaki saya November 2006.
Buku-buku itu diikat dengan reben organza
bersama Tafsir Pimpinan Al-Rahman.
Tajuk dipilih sudah tentu berkaitan
perkahwinan dan hubungan suami isteri. Ia
berbaloi diletakkan terbuka kerana kulit
buku yang menarik baik dari sudut ilustrasi
mahupun warna.
Harapnya ia membuka minda para tetamu untuk
menitik beratkan ilmu pengetahuan sebagai
bekalan maha penting dalam melayari alam
rumah tangga yang serba mencabar.”
Surat Puan Wan Nor Ainon Wan Abdullah
kepada PTS.
>
Miliki di sini

"Tunjuk ajar yang mudah difahami"
Pembaca
buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis
Bebas
Buku Cari Duit
Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas adalah
merupakan antara buku yang saya berjaya
dapatkan dan jadikan koleksi untuk tahun
2007.
Kiranya, buku
ini ibarat intan terpilih bagi diri saya.
Saya mempunyai cita-cita untuk menjadi
penulis yang baik sebaik saudara Zamri
Mohamad.
Sejak saya mula menulis di blog
MotivasiKejayaan.Com saya mula merasakan
sesuatu. Saya mahu menulis dengan lebih
serius.
Lantaran itu
saya mula mencari buku-buku yang boleh
membantu saya memperbaiki mutu tulisan saya.
Alhamdulillah
saya berjumpa buku ini, yang memberikan saya
tunjuk ajar yang sangat mudah difahami.
Terima kasih kepada saudara Zamri Mohamad
kerana menjadikan impian saya untuk menulis
dengan lebih baik satu realiti.
Gaya
penyampaian buku ini membuatkan saya
merasakan ibarat di dalam kelas bersama-sama
dengan Zamri Mohamad.
Ia membuatkan
saya rasa amat istimewa. Ibarat berguru
secara berdepan. Alhamdulillah, dengan
berkat tunjuk ajar dan ilmu yang dibekalkan
di dalam buku ini, mutu penulisan saya
bertambah baik.
Kalau anda belum dapatkan, baik cepat
sebelum terlambat!
Norakmal Jasni
Ampang, Selangor, Malaysia
>
Miliki di sini

"Nilai buku yang menanggung kos hidup
kita seumur hidup"
Pembaca
buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis
Bebas
"Bagaimana anda
ingin mengenali potensi diri yang sebenar
sebelum anda menceburi?.
Ini di antara
buku yang menyerlahkan potensi anda yang
sebenar.
Saya
menyarankan kepada seluruh rakyat Malaysia
membacanya sekurang-kurangnya sekali seumur
hidup walaupun anda tidak suka menulis.
Ia adalah salah satu
daripada mutiara yang yang memberikan kita
duit dengan amat mudah dan halal. Ia
menjadikan angan-angan yang kabur bertukar
menjadi realiti."
"Buku itu sememangnya best, nilai isi
kandungannya dapat menangung kos sara hidup
anda sehingga ke hari tua"
Shamsuddin Kadir
Penceramah Kewangan Peribadi
Penulis Hidup Senang Walau Berhutang dan
Makan Gaji Tapi Kaya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
www.shamsuddinkadir.com
>
Miliki di sini

"This is a
good starting book"
Pembaca buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai
Penulis Bebas
As explained in a previous entry, I would
like to embark upon a freelance writing
career. I’d like to take you back in the
past and reveal some books which have played
some part.
Before
buildings are called great, the foundations
must first be laid.
Although not my first writing book, Zamri
Mohamad’s Cari Duit Cara Mudah Sebagai
Penulis Bebas (PTS Professional) offers a
good basic on starting out a writing career.
I repeat, this
is a good starting book.
As a
friend of mine warned, also contained in the
book, traditional freelance writing is very
competitive. The focus of the book is on
magazine and article writing - subjected to
the editor / editorial board’s mercy.
Zamri also
discusses on how to submit articles, handle
rejection and some other how-to tips.
For those of you who are serious, I would
recommend Secret’s of a Freelance Writer -
How to Make $100,000 a Year or More by
Robert Bly (Owl Books). Robert focused on a
more “contemporary” form of freelance
writing: copy writing or commercial writing.
This is serious business, literally.
Businesses would hire copy writers to do
their brochures, pamphlets, web sites (which
includes maintaining them), proof readers
and editors, reports - including annual
reports, short newsletter and other
projects. Bly also talked about pricing,
networking, portfolio and resumes needed by
a freelance writer to succeed. A good
investment for those who intend to pursue a
copy writing career.
The two aforementioned books, although are
on writing, focus on different types of
writing. Zamri’s approach, or what Bly would
call “traditional free lance writing”, is
about sending articles to periodicals,
magazines and the like.
Both authors
warn that competition is high - so did a
good friend of mine. Payment is not that
high, which can be seen in the titles for
their books.
Zamri did not
mention any figure in his title or his book.
The payment varies according to publishers.
This does not mean that you should give up
all together.
Writing to
magazines, although serious in business, is
more like a hobby. Unless you are hoping to
get that column, that is how you should
approach it.
Writing for
businesses, however, means generating
income, attracting customers and clients,
promoting good PR and the like. It IS
serious business, no kidding.
Aldric Tingkau
Sarawak, Malaysia
Text was taken from
Cramminus.wordpress.com
>
Miliki di sini

"Pemburuan
karier lebih mudah dan menarik."
Pembaca
buku Tip Karier untuk Wanita Moden
"Padat dan praktikal. Memiliki e-book ini
adalah satu aset. InshaAllah, dengan
mempraktikkan tip-tip yang terkandung proses
'Pemburuan'
karier idaman saudari menjadi lebih mudah
dan menarik.
Tidak kiralah lelaki mahupun wanita,
terutama sekali mahasiswa/siswi tahun akhir,
saya syorkan saudari khatam buku ini supaya
saudari mempunyai sesuatu yang ekstra
berbanding calon-calon lain.
Anggaplah
pembelian saudari satu pelaburan.
Another well-researched and easy-to-read
book by a prolific young writer."
Rasheedah Zakariya/Coach Sha
Jurulatih Professional, penggerak
program Seminar ESB
>
Miliki di sini

Praktikal, mudah dan berkuasa untuk wanita"
Pembaca
buku Tip Karier untuk Wanita Moden
Setiap wanita berhak untuk berjaya. Lebih
daripada itu, mereka juga mampu untuk
berjaya. Untuk mencipta kemampuan, minda
perlu diisi dengan ilmu yang secukupnya.
Ebook ini adalah antara bahan ilmu yang
sungguh praktikal, mudah, dan berkuasa untuk
para wanita yang ingin berjaya dalam kerjaya.
Pelaburan yang terbaik ialah melabur untuk
diri saudari!"
Ahmad Fadzli
Yusof
Selebriti Motivasi Pagi TV3,
Penulis
best-seller 55 Petua Orang Berjaya bersama
Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
>
Miliki di sini
|