ZAMRI MOHAMAD
dilahirkan pada 17 November 1981 di Kuala
Lumpur. Beliau merupakan graduan dari
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
jurusan komunikasi dalam pengkhususan
kewartawanan dan media.
Terlibat sebagai penulis bebas dalam
beberapa buah majalah dan akhbar tempatan
sejak tahun 2001. Siri penulisan beliau yang
pernah disiarkan meliputi isu-isu
kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama.
Beliau pernah muncul di dalam akhbar dan
majalah seperti Utusan Malaysia melalui
ruangan Kampus, Bicara Agama, Rencana dan
Pendapat, KOSMO melalui ruangan Akademik,
Berita Harian melalui ruangan Rencana,
majalah I, Minda, Dewan Ekonomi, Dewan
Bahasa dan menjadi kolumnis bagi majalah
Dewan Siswa.
Beliau merupakan bekas pembantu pembangun
program secara separuh masa bersama sebuah
rangkaian penyiaran Islam pertama di
Malaysia, Ansar Channel, MITV.
Pernah menjadi pembantu koresponden Malaysia
bagi Islam Online, sebuah agensi berita
antarabangsa yang beroperasi di Dubai,
Emeriah Arab Bersatu.
Pernah menjawat jawatan pembantu kepada
Penasihat Media, Jabatan Rektor, Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia.
Pada tahun 2002-2005, beliau pernah menjadi
penyelidik bebas secara sambilan bagi sebuah
konsultan perunding perniagaan kecil, Sprint
Marketing Concept di Kuala Lumpur.
Melalui konsultan perniagaan kecil yang
telah beroperasi sejak tahun 1996 ini, tugas
beliau melihat trend dan perkembangan bisnes
kecil khususnya dalam bidang francais dan
F&B (Food and Beverages) melalui kenyataan
media.
Zamri Mohamad adalah jurulatih penulis dan
pengendali bengkel penulisan buku non
fiksyen. Beliau bekerjasama dengan Akademi
Penulis dan menjadi mentor penulis kategori
rencana akhbar dan majalah. Klik di sini
Beliau juga jurulatih penulisan untuk
Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan
Kecil. Sebuah seminar yang diasaskan
bersama-sama Izwan Wahab, pakar pereka
kreatif sistem dan penganalisis carian enjin
internet. Klik di sini
Aktif melibatkan diri sebagai peserta dalam
program-program seminar-seminar, kursus,
bengkel, pembentangan kertas kerja oleh
pakar-pakar di peringkat tempatan, nasional,
asia tenggara dan antarabangsa. Ini untuk
membantu beliau dalam menghasilkan penulisan
yang bermanfaat untuk dikongsi orang ramai.
Buku penulisan ZAMRI MOHAMAD
"Buku-buku
beliau terus diulang cetak dan memberi kesan
kepada pembaca"
Buku-buku dihasilkan.
2006: Memahami Bahasa Cinta Lelaki 2006: 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki 2006: Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis
Bebas 2007: Magnet Cinta 2008: Rahsia Bisnes Mamak 2008: Mempengaruhi Bos Cara Streetsmart 2008: Mengurus Konflik Gaya Streetsmart 2008: E-buku Tip Karier untuk Wanita Moden 2009: Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah 2009: Tip Menjadi Penulis Bestseller 2009: Pemasaran Internet untuk Bisnes Kecil
2009: Geng Genius Misteri Lokman
Pencapaian buku ZAMRI MOHAMAD
Keempat-empat buah buku iaitu Memahami
Bahasa Cinta Lelaki, 77 Tip Melembutkan Hati
Lelaki, Magnet Cinta dan Cari Duit Cara
Mudah Sebagai Penulis Bebas memasuki
Singapura dan melalui National Library Board
(NLB) Singapura, buku tempatan ini berada di
perpustakaan-perpustakaan komuniti Singapura.
Buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki, 77 Tip
Melembutkan Hati Lelaki, Magnet Cinta juga
dijadikan bahan perpustakaan komuniti
kelolaan Lembaga Penduduk dan Pembangunan
Keluarga Negara, Malaysia.
Buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki, 77 Tip
Melembutkan Hati Lelaki dan Cari Duit Cara
Mudah Sebagai Penulis Bebas diulang cetak.
Buku Rahsia Bisnes Mamak disiarkan tiga kali
berturut-turut dalam akhbar Utusan Malaysia
dan Sinar Harian Jun 2008.
Paparan media ZAMRI
MOHAMAD
Muncul
dalam akhbar Sinar Harian edisi Melaka bagi
paparan Bengkel Penulis Bebas di Melaka pada
Mac 2009
Muncul dalam akhbar Utusan Malaysia bagi
paparan Seminar Pemasaran Internet untuk
Perniagaan Kecil di Malaysia pada Mac 2009
Muncul
dalam akhbar Sinar Harian edisi Kuala Lumpur
bagi paparan e-buku Tip Karier untuk Wanita
Moden pada September 2008.
Muncul dalam akhbar Utusan Malaysia, Ulasan
Buku Rahsia Bisnes Mamak pada 16 Jun 2008.
Muncul dalam akhbar Sinar Harian Edisi
Melaka pada 11 dan 13 Jun 2008. Laporan Nor
Farhana Yaacob
Muncul dalam ruangan Bual Bahasa, majalah
Dewan Bahasa. Temuramah oleh editor, Puan
Ritah Yahaya pada Mac 2008.
Muncul dalam ruangan Sastera, Berita Harian.
Tulisan Tuan Nazmi Yaakub pada 27 Disember
2007.
Muncul dalam majalah Quill edisi Ogos 2007
terbitan MPH Bookstores Sdn Bhd.
Muncul dalam ruangan Author Highlight
majalah PopClub Mac 2007 terbitan Popular
Book Co. (M) Sdn
Muncul dalam ruangan Resensi, Selamat Pagi
Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM)
kendalian pengacara televisyen, saudara Syed
Munawar.
Temubual oleh saudari Suhada Masri dalam
ruangan Bicara Pengarang, ruangan Sastera
dan Budaya, Berita Harian pada Mei 2006.
Temubual oleh saudari Wan Maidatul Razimah
Shamsudin dari majalah Perempuan keluaran
Mac 2007.
Temubual ruangan Pendapat, Isu Hiburan Dalam
Islam oleh saudari Zalmimazura Zahari dari
majalah I pada tahun 2006.
Temubual ruangan Pendapat, Isu Saudara Baru
oleh saudari Zalmimazura Zahari dari majalah
I pada November tahun 2007.
Penglibatan ZAMRI MOHAMAD
Perunding pemasaran karya di internet
melalui seminar intensif penulis bestseller
anjuran Akademi Penulis Febuari 2009
Fasilitator bengkel penulisan buku sejarah
BPTV pada Febuari 2009 anjuran Fauzul Naim
Sdn Bhd
Panel Bicara Buku Rahsia Bisnes Mamak 2008
anjuran Koperasi ANGKASA
Panel Rahsia Bisnes Malaysia 2008 anjuran
Universiti Islam Antarabangsa
Menjadi juri Program Karya Kreatif dari
Menara Gading anjuran Perpustakaan Negara
Malaysia sempena Pesta Membaca 2008
Muncul dalam program ceramah buku sempena
bulan kemerdekaan di MPH Mid Valley Ogos
2008
Muncul dalam program ceramah buku sempena
ulangtahun ke-60 Kedai Buku Thai Kuang di
Mahkota Parade, Melaka pada 7 Jun 2008
Mengendalikan bengkel asas penulisan buku di
Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor, pada
15 Mac 2008.
Mengendalikan bengkel penulisan remaja,
Teknik Menulis : Teori dan Praktikal 2007
bagi anggota Kelab Kreatif, Pusat Ilmu Asas
UIAM dan ahli-ahli PKPIM di Janda Baik,
Pahang Darul Makmur
Penggerak program Penulis Bersama secara
online dan sistem mentor bagi siri buku
profesional dan bantu-diri.
Melibatkan diri secara langsung sebagai
satu-satunya penulis muda Malaysia bagi
laman web Indonesia Tercinta. Sebuah laman
web yang menghimpunkan penulis-penulis muda
dari seberang.
Ahli maya Writers.net. Sebuah laman web yang
menghimpunkan penulis-penulis dari seluruh
dunia.
Muncul dalam program Bicara Buku anjuran
bersama PTS Professional dan rangkaian kedai
buku MPH di Wangsa Maju sempena program
Bersama Penulis pada November 2007 .
Muncul dalam program Bicara Buku anjuran
bersama PTS Millennia dan rangkaian kedai
buku MPH di Alamanda dan Wangsa Maju sempena
program Semarakkan Cinta pada Febuari 2007 .
Terlibat bersama-sama Perwakilan Kolej
Kediaman Ali Ibn Abi Talib dalam pameran
seni maya dan bergerak, Expression of Peace
anjuran Dr Hirsh Diamant dan para pelajar
Evergreen State College, Olympia, Washington
D.C pada November 2006.
Ex-officio program tayangan umum pertama
filem pendek di Malaysia, BMW Shorties
bersama Alumni Mahallah Ali Ibn Abi Talib
dan BMW (Malaysia) pada Julai 2007.
Pengasas dan penggerak projek pilot webTV
dan radio maya pertama UIAM melalui laman
web rasmi, Aliman kendalian Kolej Kediaman
Ali Ibn Abi Talib.
Lain-lain penglibatan
ZAMRI MOHAMAD
Program
'Millionaire in Me' oleh pakar hartanah
nasional, Azizi Ali di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) (2006).
Program 'Internet Millionaire' oleh pakar
hartanah nasional, Azizi Ali di Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tajaan
DIGI Communications dan Information
Technology Division (ITD). (2007).
Seminar antarabangsa, The Hadhari Approach:
A Catalyst Towards South-South Development
and Prosperity anjuran Gerbang Maklumat
Selatan-Selatan, Kementerian Penerangan
Malaysia (2006)
Seminar kaunseling Kekeluargaan, Pendekatan
Efektif Dalam Membimbing Remaja anjuran
Jabatan Kaunseling, UIAM (2006).
Program ‘How to Build Self-Confidence’ oleh
Nik Affendy Nik Abdul Rashid. Setiausaha
Sulit, Timbalan Menteri Perdagangan
Antarabangsa & Industri dan UIAM (2006).
Program ‘A New World Orde’ oleh Ahli
Parlimen Britain, George Galloway anjuran
AMAN Malaysia dan JUST. (2005)
Seminar Kepimpinan Remaja Muslim 2004
anjuran Persatuan Pelajar Somalia.
Program ‘A moment with Canadian Muslim’
anjuran kedutaan Kanada dan UIAM (2005).
Bengkel Editor Foto ASEAN anjuran
Sekretariat Nasional ASEAN-COCI Malaysia dan
BERNAMA (2005).
Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk
anjuran Jemaah Islah Malaysia (2002).
Seminar Hiburan dan Kesenian Dalam Islam
anjuran JAKIM (2005).
Program In Person bersama Datuk Manja Ismail,
kumpulan editorial Berita Harian (2006).
Forum Journalism: Future and Prospect oleh
Datuk Ahmad Talib, Maxis Communication
anjuran Jabatan Komunikasi UIAM (2006).
Seminar Sehari Kebebasan Media anjuran
Jabatan Komunikasi UIAM (2005).
Forum bersama Persatuan Pelajar Antarabangsa
Singapura dan Radio Singapore International
(2006).
Seminar, ‘Freedom of Media Reporting’
anjuran Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL),
UIAM (2006).
Program, ‘The Art of Negotiation’ oleh
Jabatan Kaunseling, UIAM (2006).
Seminar Psikologi Gunaan 2005 peringkat
nasional anjuran Pusat Psikologi Gunaan,
Jabatan Kaunseling UIAM (2006).
Seminar Gejala Pelacuran di Malaysia anjuran
Jabatan Kajian Wanita, Pusat Psikologi
Gunaan, UIAM (2005).
Paparan Media
Jom Bincang,
forum disediakan khusus untuk
anda.
Zamri Mohamad merupakan
penulis lebih 11 buah
buku.
Buku-buku ditulis oleh
Zamri Mohamad. Ketahui
Catatan blog dan tip-tip
penulis buku di Malaysia
Jemput Zamri Mohamad
bagi mengendalikan
kursus
Beli buku best-seller
secara online.
Apa
kata pembaca buku Zamri
Mohamad. Ketahui
Terkini
Dapatkan
tajuk-tajuk buku terbaru di
Pesta Buku Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIBF PBAKL 2010) hari
ini.
Ikuti
temubual dan paparan media
bersama Zamri Mohamad di majalah,
akhbar dan televisyen nasional.
Rangkaian
pembaca
Bersama
para pembaca buku Zamri Mohamad
dan rakan-rakan penulis lain.
Sertai hari ini. Ayuh,
Klik di sini
Rangkaian
penulis sebagai guru
Bersama
penulis best-seller kategori
bisnes Amazon.com, Steve Shapiro
Bersama Puan
Chua Guat Eng, novelis Inggeris
tempatan
Bersama Tuan
Jackson Ng, penulis Speak With
Impact
Bersama
penulis Rahsia Jutawan Internet
Terbongkar, Irfan Khairi
Bersama
selebriti 360 TV3 dan penulis
Virus Kehidupan, Tuan Mazidul
Akmal Sidik
Bersama penulis dan pengasas
Truewealth, Azizi Ali (tengah)
dan penulis Motivasi Belajar,
saudara Izu
Bersama Sasterawan Negara,Dato'
A Samad Said
Bersama kartunis dan novelis
JIBAM, Ujang
Bersama pengasas Karna Dya,
novelis Aina Emir
Bersama penulis Life is an open
secret, Zabrina A Bakar
Bersama Nisah Haron, novelis
sastera Melayu
Bersama Tuan Ally Iskandar
selepas program Malaysia Hari
Ini di TV3
Bersama Tuan Rozelan Mohamad Nor
dari Tintarona, Utusan
Publication
Bersama saudara Amin Idris,
penulis siri Panduan dan Asas,
Magnet Diri dan Resipi Kejayaan
Bersama Tuan Syed Munawar ketika
rakaman Resensi RTM 1
Catatan terkini, pengalaman penulis bebas
di Malaysia. Ketahui rahsia penulisan dan
perkembangan karya.
Kllik di
sini
Ingin mengikuti kursus penulisan dan
pemasaran internet. Penuhi impian anda hari
ini. Sertai kami dan dapatkan pakej istimewa
untuk anda. Klik di
sini